NAMA AHLI KUMPULAN
7
DAT1A 2016
MITHRAVARSHINEE A/P MUNUSAMY
SULOSHINI A/P SUBRAMANIAM
DARSHINI A/P GANGADARAN
RUBAASIRI A/P PATHIDEVON
MEENAAMBIKAI A/P NADARAJAH
JESSICA MARY A/P VINSHEN
THOASSHANNYAA A/P NALLAPPAN
NAMA PENSYARAH
♥ EN. Marzuki Bin Sepiaail ♥
( Jabatan Pengajian Am)
( Jabatan Pengajian Am)
PENGHARGAAN
Dalam efolio pengajian malaysia
ini,kumpulan(7) kami terdiri daripada
tujuh orang iaitu nama diberi Mithravarshinee
A/P Munusamy, Suloshini A/P Subramaniam, Darshini A/P Gangadaran, Rubaasiri A/P
Pathidevon, Meenaambikai A/P Nadarajah, Jessica Mary A/P Vinshen, Thoasshannyaa
A/P Nallappan .Kami menuntut di
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan pensyarah kami yang mengajar kami Pengajian
Malaysia ini ialah EN. Marzuki B Sepial. Kami ingin memberi setinggi-tinggi
perhargaan kepada pihak yang terlibat iaitu pensyarah kami sendiri yang telah
memberi banyak pertolongan dan pengetahuan baru serta komitmen penuh terhadap kami
bagi menyiapkan efolio kami ini. Di samping itu,rakan-rakan seperjuangan kami
juga telah memberi dorongan yang cukup bagi menaikkan semangat kami untuk
mengimbas sejarah negara terhadap rakyat Malaysia.Justeru itu,dengan membuat
efolio ini,kami berharap dapat menyedarkan rakyat Malaysia bahawa negara ini
tidak akan wujud jika sejarah yang membentuknya.
𝕆𝔹𝕂𝔼𝕂𝕋𝕀𝔽 ℙ𝔼ℕ𝕌𝕃𝕀𝕊𝔸ℕ
Tujuan bagi kajian ini untuk :
𝕆𝔹𝕂𝔼𝕂𝕋𝕀𝔽
Tujuan bagi kajian ini untuk :
- Untuk mengetahui tentang dasar Malaysia tentang hal ehwal serantau dan dunia
- Untuk memahami isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia
- Untuk menjelaskan peranan ASEAN,OIC,KOMANWEL,NAM
- Untuk menyedari peranan individu dalam setiap peranan
- Belajar cara mencari maklumat sejarah.
PENGENALAN
Dasar Luar Malaysia yang
berhubungkait dengan hal-ehwal serantau dan antarabangsa berfokus untuk mewujud
keamanan dan keharmonian.Keamanan dan keharmonian sesebuah negara boleh dicapai
melalui aktiviti kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan politik.Walaupun
wujud perselisihan faham di kalangan negara-negara anggota sesebuah negara
pertubuhan,jalan penyelesaian boleh diputuskan segera kerana pihak-pihak
berkenaan lebih mengutamakan kesepaduan sejagat yang jitu.Hubungan luar atau
hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi
yang melampaui sempadan negara.Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan
sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara,bahkan merupakan
hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti lain.
Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi
antarabangsa,syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.Kerajaan
kita telah merancang dasar luar yang dinamik iaitu tidak kaku,tetap dan
stereotaip,tetapi berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan
maklum balas yang diterima oleh kerajaan serta setimpal dengan tuntutan masa
serta keperluan negara.
SEJARAH HUBUNGAN LUAR MALAYSIA
Hubungan Malaysia dengan negara luar telah
berlaku sejak zaman prakemerdekaan, iaitu pada era Kesultanan Melayu Melaka
apabila Melaka telah mengamalkan dasar luar secara aktif dengan negara India,
Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu. Kepelbagaian
faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan
hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Dasar luar
Malaysia semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970) lebih bercorak
proBarat dan anti-komunis. Ketika di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein
(1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi
sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi politik. Semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad
(1981-2003), dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan
dasar- dasar sebelumnya. Selepas tahun 2003, negara dipimpin oleh Tun Abdullah
Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Malaysia menjalin hubungan dengan negara
luar melalui dua pendekatan, iaitu secara bilateral dan multilateral.
OBJEKTIF DASAR
LUAR NEGARA
![*](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif)

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA
Matlamat Penubuhan ASEAN
ü
Mengekalkan
kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
ü
Membantu antara
satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
ü
Meningkatkan
taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian.
ü
Memberikan
kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidik.
ü
Mengadakan
hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAn
• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Ciri-Ciri
Negara Selatan
• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan
Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan
- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju
Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan
• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Negara-Negara
Komanwel atau Komanwel sahaja
merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara
berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas
jajahan Portugis)
danRwanda (bekas
jajahan Belgium).
Bukan
semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua
negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan
Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti
ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri.
Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang
sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu
Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
• Mendapat bantuan pertahanan
daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco,California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalangPerang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.
Matlamat
Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
Perbezaan dan persaingan ideologi antara blok Barat (diketuai Amerika Syarikat) dengan blok Timur (diketuai bekas Soviet Union) mencetuskan perang dingin pada 19-50an.Negara-negara baru merdeka seperti di Afrika, Asia, Amerika latin, dan Karibia ingin mengelak daripada berpihak kepada mana-mana blok.Negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan politik masing-masing.
Mesyuarat pertama NAM;• Diadakan di Belgrade pada September 1961
• Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus.
• Berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
Mesyuarat kedua;• Diadakan di Kaherah pada 1964.
• Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari Negara-Negara Afrika yang baru merdeka.
• Membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat ketiga;• Diadakan di Lusaka
• Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM
• Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik.
• Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Pertubuhan Kerjasama Islam
Pertubuhan Kerjasama Islam[1] atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation)
ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang
mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).
Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia
yang kebanyakannya dari negara-negara Timur
Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia
Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia
Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan
sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi
kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan
adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.[2] Pada
28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan
Kerjasama Islam.[
Matlamat
Penubuhan OIC
• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
Peranan Malaysia Dalam OIC
• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan
Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC
• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Keganasan antarabangsa
Pada oendapat saya, KEGANASAN antarabangsa semakin menjadi-jadi. Pengeboman dua pesawat Russia, penahanan dan pembunuhan tebusan di Beslan, Ossetia Utara, pengeboman kedutaan Australia di Jakarta, pembunuhan pejuang berani mati di Iraq, Palestin, Afghanistan dan Sudan menunjukkan keganasan terus menular. Keadaan menjadi di luar kawalan hingga negara polis dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) menyatakan matlamat utama dasar luar negara itu ialah unilateralisme dalam mengekang keganasan antarabangsa.
Berikutan dasar itu, keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila AS memencilkan dan menidakkan peranan pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam penyelesaian konflik antarabangsa di beberapa negara. AS turut menyemarakkan sesetengah pihak untuk bertindak lebih rakus dan melampau seperti yang dilakukan Israel di Palestin, hingga beberapa kumpulan pejuang di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Palestin menjadi semakin terdesak dan hilang kepercayaan terhadap sistem penyelesaian konflik antarabangsa sedia ada.
Dengan keadaan yang bercelaru, rejim Israel terus meluaskan penguasaan mereka di Palestin hingga pejuang kemerdekaan bertindak nekad melancarkan pengeboman berani mati di mana saja mereka beroperasi. Sebenarnya tidak sukar memahami tindakan kumpulan ini yang terdesak lebih-lebih lagi apabila kekuasaan semakin tidak berpihak kepada mereka. Stalemate yang berlaku dalam perhubungan antarabangsa kini sebenarnya didorong oleh sikap negara kuasa besar khususnya AS dan konconya yang melihat penyelesaian masalah keganasan antarabangsa daripada sudut yang salah.
Angkuh dengan penguasaan teknologi dan ekonomi, mereka silap mengarahkan dasar membanteras keganasan antarabangsa melalui tindakan unilateral dan pre-emptive yang berorientasikan falsafah might is right atau besar atau kuat itu benar. Mereka mengetepikan soal kemanusiaan, maruah bangsa, kemerdekaan, kedaulatan dan hak orang yang tertindas, miskin dan terabai. Segala yang ada pada mereka termasuk kekuatan teknologi dan ekonomi digunakan untuk mengeksploitasi negara miskin dan bangsa yang lemah bagi membolehkan mereka terus berkuasa.
Senario hubungan antarabangsa nampaknya tidak akan berubah dalam masa yang terdekat. Gambaran kesinambungan falsafah kuno itu kini dapat kita lihat terus dipertahankan oleh negara kuasa besar. Di Asia Tenggara, sebagai wakil atau Timbalan Syerif kepada AS di rantau ini, Australia bersungguh-sungguh mentaati suruhan tuannya dalam menangani keganasan antarabangsa. Perdana Menteri Australia, John Ho-ward, buat kali keduanya baru-baru ini membuat penegasan semula untuk bertindak secara unilateral dan pre- emptive merentasi sempadan negaranya dalam menangani keganasan antarabangsa.
Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas Howard kepada tragedi pengeboman kedutaan Australia di Jakarta baru-baru ini. Sikap itu sama sekali membelakangkan nilai kejiranan rantau Asia Tenggara dan dilihat sebagai ancaman yang terus menjadikan rantau ini sasaran kumpulan pengganas antarabangsa. Meskipun apa yang didakwa sebagai suspek pengeboman itu ialah warga negara Malaysia, tidak wajar kerakyatan negara ini dijadikan sebab untuk bertindak dan menyerang demi membanteras keganasan. Apakah rasional pemimpin Australia mengugut rakyat rantau ini termasuk Malaysia yang majmuk dan komited dalam menghadapi keganasan antarabangsa?
Rakyat Malaysia bersedia mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air serta tidak akan membenarkan sama sekali rantau ini diheret ke dalam satu konflik seperti di Palestin atau Iraq. Sudahlah pribumi di Australia ditindas di bumi sendiri, kini rantau Asia Tenggara pula hendak dijadikan medan penguasaan mereka. Jika ini matlamat dan hasrat Australia, selama-lamanya dunia akan gagal menangani keganasan antarabangsa. Kitaran keganasan yang kini berpusar di Timur Tengah, Afghanistan, Asia Tengah dan Afrika Utara wujud pula di rantau ini. Percaya pusaran dan kitaran keganasan di mana-mana pun tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana negara sebaliknya akan membawa kesengsaraan yang berpanjangan.
Bagi rakyat biasa di Malaysia dan barangkali di Australia, gelagat pemimpin seperti Howard amat mendukacitakan kerana majoriti rakyat kedua- dua negara inginkan keamanan dan kestabilan serantau, beliau pula seolah- olah dengan sengaja mengundang masalah. Barangkali ia adalah gimik politik Howard kali ini terutama ketika berusaha menghadapi pilihan raya umum Oktober ini.
Malaysia berusaha menjadi model terbaik negara Islam majmuk yang sederhana dan selaras dengan prinsip kemanusiaan sejagat. Nilai Islam yang cintakan perdamaian dan kesejahteraan manusia yang dipancarkan melalui kepemimpinan negara kini dan dimanifestasikan dalam dasar sosial dan luar negara termasuk dalam menangani isu keganasan antarabangsa. Bagi Malaysia, sebarang ancaman kepada usaha menangani keganasan mesti berasaskan penyelesaian pokok iaitu masalah itu seharusnya disokong dan bukan sebaliknya.
Perdana Menteri Malaysia dijangka membangkitkan hal yang sama pada Persidangan Agung PBB minggu depan dan pasti memberi penekanan kepada penyelesaian keganasan kepada punca keganasan antarabangsa terus berleluasa iaitu kemiskinan, kemunduran, pengabaian, penindasan, ketidakadilan, penafian hak akibat kerakusan memonopoli kuasa ekonomi dan mentaliti imperialis sesetengah kuasa besar. Barangkali ada baiknya isu berkaitan dengan campur tangan asing dan tindakan unilateral dibangkitkan oleh Malaysia bagi menghindar kuasa besar dan konco seperti Australia daripada terus merosakkan keadaan.
Penegasan semula juga harus dibuat oleh Malaysia bagi memberi PBB peranan lebih besar, bebas, adil dan berkesan dalam menghadapi keganasan antarabangsa. Walaupun pendirian Malaysia tegas tidak menyokong kempen keganasan mana- mana kumpulan pejuang di dunia, hakikatnya diakui bahawa permasalahan yang menghantui dunia dan mencetuskan keganasan tidak dapat diselesaikan selagi dunia terutama negara kuasa besar gagal mengiktiraf dan menyelesaikan masalah asas serta pokok yang disebutkan tadi. Mereka juga harus mengambil kira pandangan dan peranan setiap negara, kumpulan negara serantau yang terbabit dengan konflik dan peranan organisasi seperti PBB, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Dunia tidak mempunyai pilihan selain terus mendukung prinsip multilateralisme dalam perhubungan antarabangsa.
KESIMPULAN
Kesimpulan keseluruhan sejarah ini,sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara sendiri.Hal ini kerana,sesuatu yang berlaku di sekeliling kita akan memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang.Antara isu-isu yang diberi tumpuan penting oleh kerajaan Malaysia pada masa ini adalah tentang dasar luar negara,isu pembangunan alam sekitar dan juga pembangunan modal insan.Ketiga-ketiga tersebut merupakan perkara utama yang boleh menentukan hala tuju pembangunan negara.Jika ketiga-tiga perkara ini tidak diberi perhatian,ia mungkin akan memberi kesan kepada pembangunan,politik,ekonomi dan sosial negara.
🐫 🎀 𝒮𝒰𝑀𝐵𝐸𝑅 𝑅𝒰𝒥𝒰𝒦𝒦𝒜𝒩 🎀 🐫
* http://www.slideshare.net/dka1a2015/isuis
* https://firdausroshidi.blogspot.my/
* buku teks pengajian malaysia siri politeknik
🐫 🎀 𝒮𝒰𝑀𝐵𝐸𝑅 𝑅𝒰𝒥𝒰𝒦𝒦𝒜𝒩 🎀 🐫
* http://www.slideshare.net/dka1a2015/isuis
* https://firdausroshidi.blogspot.my/
* buku teks pengajian malaysia siri politeknik
No comments:
Post a Comment